Friday, October 9, 2009

ketuLusan hati....


Sedih ku sakit ku ku terima
Ku rela ku pasrah jalan ku
Ini suratan aku di coba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Ya ALLAH
redhoi ketulusan hati
Ya
ALLAH
beri aku ketabahan
Ya
ALLAH
aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya
ALLAH

Di dunia yang sarat godaan
Ku mohon dosa ku ampunkan
Ingin bahagia dunia akhirat
Turun kan rahmat-Mu untuk ku

Saturday, October 3, 2009

Maaf atas segalanya...

Wahai pemilik nyawaku,
Betapa lemah diriku ini,
Berat ujian dari-Mu,
Kupasrah semua pada-Mu....

Buat sahabat,
Ingatkanlah aku...
semuanya hanya akan berlaku dengan izin Allah
Tuhan yang merancang & menciptakan alam…
Tiada satu daun pun gugur melainkan dengan pengetahuan-Nya
Tiada bertemu dua zarah melainkan semua dalam Kitabnya…
Dialah Yang Maha Berkuasa
Dialah penentu segalanya...

Bagaimana terjadi perkara ini

Perang saraf yang dirancang berjalan dengan lancar sehingga mereka mampu menyebabkan kita mengubah huruf alif ‘ا’ kepada huruf ‘A’ dan penindasan terhadap orang islam dikatakan perkara rutin. Mata ini hanya mampu melihat anak-anak kita disepak-sepak, gadis-gadis kita diratah-ratah dan pemuda-pemuda kita di’anjing-anjing’kan oleh golongan yang dahulunya pernah menuntut ilmu dari kita, menjadikan kita sebagai ikutan dan contoh pada zaman Abbasiyah. Saksikanlah! Bagaimana keadaan kita pada zaman ini! Sungguh! Apabila dikatakan perkataan Islam pada mereka, ‘Cis! Ajaran pengganas!’

Persoalannya, bukan “Mengapa terjadinya perkara ini?”, tetapi “Bagaimana terjadinya perkara ini?”.

Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya umat akhir zaman umpama buih-buih di lautan, banyak, tetapi hancur apabila dihempas ombak.” Rentetan kewafatan Nabi Muhammad, bermulalah era umat akhir zaman. Islam berkembang pesat melalui pentadbiran berlandaskan syariah oleh Khulafa Ar-Rasyidin hingga ke Empayar Turki Uthmaniah. Langit tidak selalu cerah, pembai’ahan Kamal Attartuk iaitu seorang sekularisme, membezakan antara dunia dan akhirat, sebagai pemimpin Turki, menamatkan kegemilangan umat Islam dengan pemansuhan sistem khalifah, pengubahan bahasa Arab dan pengharaman pemakaian hijab. Maka, bermulalah era penderitaan umat islam.

Tetapi, tidak lama selepas itu, cahayaNya tidak pernah padam, datangnya dari Mesir, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul-Muslimin, menyimpulkan kembali hati-hati yang sudah terlerai. Perjuangan beliau terhenti setelah beliau dibunuh oleh askar Raja Farouk. Beliau menggariskan 7 faktor-faktor kejatuhan umat Islam, antaranya, percakaran politik, semangat assobiah, perebutan kuasa, perselisihan soal agama, bergelumang dengan kemewahan dan kesenangan terutama dikalangan pemerintah. Hati insan yang dahulunya menyintai Maha Pengasih melebihi kekasih sudah berubah. Arak, perempuan dan judi mula digilai. Mengapa?!

Kerana Al-Quran bukan lagi perlembagaan hidup kita! Nilailah diri kita sendiri, di manakah letaknya kita? ‘Assignment’, ‘chatting’, ‘couple’ dan sebagainya menyebabkan kita lupa pada Sang Pemberi, kita lupa apa tujuan kita hidup, kita lupa bahawa semua ini adalah pinjaman sementara.

Dulunya, dengan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah, kita dihormati, disegani dan ditakuti, sehinggakan pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin Abu Talib, apabila berlakunya konflik dengan Muawiyyah dan ketika itu tentera Kristian cuba mengambil kesempatan, Muawiyyah mengutuskan surat kepada Maharaja Kristian tersebut; “Jangan kau tertipu dengan perbalahan kami. Sekiranya kau menentang Ali, nescaya kau akan lihat orang yang menghukummu itu adalah Muawiyyah.” Akhirnya, tentera Kristian berundur kerana ketakutan. Nah! Kafir yang berundur kerana ketakutan inilah yang sudah memijak-mijak kita sekarang.

Mungkin atas kenikmatan, kesenangan yang kita miliki ini, mungkin menjadi hijab bagi kita untuk merasakan bahaya yang sebenar disebaliknya. Apakah kita masih ingin duduk, meminum kopi, dan bergoyang kaki sambil bergelak ketawa. ‘Enjoy when you are still young, Nevermind!’

Adakah mustahil bagi kita untuk menegakkan kembali syiar Islam di dunia ini? Ini semua bukan ditentukan oleh kita sebaliknya Allah S.W.T. Bukankah ini satu kewajipan bagi kita? Ataupun mungkin sekurang-kurangnya kita dapat melaksanakan seperti apa yang diperkatakan oleh Abdul Wahab Azam iaitu, “usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah seperti mana kata Syakib; ‘Tiada cara lain. Ia adalah khemah tanzim dan penyusunan barisan terdidik dengan tarbiyah Islam yang sejati. Bukan dewan perhimpunan atau seminar. Ia adalah dengan api semangat yang merdeka, bukan sinaran bintang. Dirikanlah khemahmu di padang pasir jahiliyah kurun kedua puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung didalam khemah itu.”

Malam Pertama

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan..
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan..., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah... itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu... Dan tak seorangpun yang tahu....

...............!


Wednesday, September 30, 2009

warNa kehiDupan

Apabila keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?

Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA. Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berterusan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.

Itulah bicara Allah kepada kita…

Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis. Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.

“Bismillahirrahmanirrahim
Anugerahkanlah sedikit rasa cinta pada Mu Tuhan Agar aku tidak mencintai selain Mu
Supaya apa yang ada ku korbankan untuk Mu
Atau berilah sedikit rasa takut pada Mu Tuhan
Agar aku dapat mengawal diri ku Patuh pada seruhan Mu Menjauhi larangan Mu
Hidupkanlah jiwa aku dengan mengingati Mu Tuhan Bangunkanlah jiwa aku dengan takut kepada Mu
Agar rasa kehambaan ku subur di dalam jiwa ku Tuhan cinta dan takut memenuhi jiwa ku
Inilah yang akan menyelamatkan aku
Kalau tidak kerana ini sudah tentu aku lalai dengan Mu selalu Aku lupa suruhan Mu dan larangan Mu
Setiap waktu nafsulah yang mempengaruhi ku
Syaitanlah yang akan menipu daya aku Tuhan!
Robek -robeklah hatiku ini dengan takutkan-Mu
Pecah-pecahkanlah hatiku dengan kehebatan-Mu Hancurluluhkanlah hatiku dengan Jabbar dan Qahhar-Mu Hiris-hirislah hatiku dengan Rahim dan Rahman-Mu
Kecut dan reput-reputkanlah hatiku dengan Qudrat dan Iradah-Mu
Agar jangan manusia dan kuasa merobek--robek hatiku Supaya kebesaran manusia tidak pecah-pecahkan hatiku Jangan sampai zalim dan kezaliman manusia menghiris-hiris hatikku
Aku berlilndung dengan-Mu daripada makhluk yang merosakkan hatiku
Juga aku berlindung dengan-Mu
jangan sampai dunia dan nikmatnya merosak hatiku Tuhan,selamatkanlah hatiku daripada dirosakkan oleh pujian
Peliharalah hatiku daripada nikmat dunia dan keindahannya
Tuhan apalah ertinya aku cintakan syurga-Mu
pada hal hatiku tidak mencintai-Mu
Apalah ertinya aku takutkan neraka-Mu
sedangkan hatiku tidak takut dengan-Mu Tuhan!
Hidayah-Mu yang kupinta Taufiq-Mu yang aku mahu Selamatkanlah aku Tuhan!
Peliharalah aku
Pimpinlah aku ke jalan keselamatan
Engkau adalah Tuhanku,pelindungku.
amin ya rabbal'alamin.... “


Wednesday, September 9, 2009

Ijtima' Aidilfitri AMAL 2009



Program Ijtima' Aidilfitri Alumni Maahad Muhammadi Kelantan 2009 akan diadakan pada 4 Syawal 1430H bersamaan 23 September 2009 bertempat di Restoran Nasi Ulam, Kampung Kraftangan. Ijtima' Aidilfitri kali ini yang berkonsepkan 'Rumah Terbuka' dijangka akan lebih meriah berbanding dengan ijtima'-ijtima' sebelum ini. Dengan tema "Aidilfitri disambut, Ukhuwwah Terbina, Bakti Terlaksana", program Ijtima' pada kali ini diharapkan mampu mengumpulkan seramai mungkin alumni-alumni Maahad Muhammadi. Pelbagai program menarik telah dirancang. Untuk memeriahkan lagi suasana, para hadirin boleh membawa apa-apa saja juadah untuk dikongsi bersama. Sama-sama kita meriahkan Ijtima' Aidilfitri AMAL 2009. Sebarkan kepada seluruh warga AMAL.

:::Laman Rasmi Alumni Maahad Muhammadi Kelantan (AMAL) - http://amal- maahad.net

:::Laman Komuniti AMAL2005 - http://amal2005. co.cc

Gembira haKiki vs iLusi

Kadangkala kita sering tersilap dalam mengejar kegembiraan buat diri. Kita tidak dapat melihat perbezaan kegembiraan yang hakiki dan kegembiraan yang sudah menjadi ilusi. Mengejar kegembiraan yang hanya bayang-bayang sekadar akan menambahkan kedukaan. Kita akan terus berharap hingga terabai peluang-peluang kegembiraan lain yang ada di depan mata.

“Kenapa besedih nih?”
“Di sini awak gembira, insyaAllah di sana pun awak akan gembira. Pada saya bukan di sini atau di sana yang jadi tumpuan untuk dikejar. Tetapi kegembiraan itu sendiri”, saya cuba berkongsi pandangan saya mengenai kehidupan.

Ni boleh dianalogikan seperti menanti di hadapan sebuah pintu yang akan membawa kita keluar dari sebuah bangunan. Namun pintu tersebut sudah terkunci. Kita terus menanti dengan penuh pengharapan pintu tersebut akan terbuka. Kita mengabaikan pintu-pintu lain di sebelah yang turut terbuka sekali sekala. Terlupa bahawa tujuan kita yang sebenar adalah untuk melepasi pintu tersebut dan keluar dari bangunan. Bukannya menanti pintu yang terkunci itu terbuka.

Rasa sedih akan hadir apabila terhapus peluang untuk suatu kegembiraan. Itu semua lumrah. Namun yang silap adalah apabila kita terus bersedih hingga lebih banyak peluang kegembiraan tercicir daripada genggaman.

jadi ingatlah;
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu,
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan,
Allah SWT punya jawapannya.

Jika kau merasa penat dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia,
ketahuilah bahawa Allah SWT tahu betapa engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya,
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja,
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

_be hepi_

frontpage widget
Travel Deals